:: Selamat Hari Raya
13th October 2007

Pada tanggal 13hb Oktober, sekali lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Syawal setelah berjaya berpuasa selama sebulan di bulan ramadan. Alhamdulilah, walau kita bersedih kerana terpaksa meninggalkan bulan ramadan yg begitu mulia dan di nanti-nantikan bagi setiap umat islam, namun 1 Syawal ternyata masa meraikan hari yang tak kurang istimewanya dlm dairi umat islam.

Bagi yang bakal pulang ke kampung, kami ingin menyeru agak berhati-hatilah semasa memandu. Ingat orang tersayang. Yg penting kita dapat meraikan hari raya dengan sempurna. Pastikan jua, pintu, tingkap dan kediaman anda berkunci bagi mengelakan sebarang kegiatan jenayah berlaku. Terima Kasih kepada balai polis pasir gudang yang berterusan memantau di sekitar kawasan indah dahlia pasir gudang.

Akhir sekali, kami, para ajk persatuan ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin atas sebarang kesalahan tutur bahasa mahupun perbuatan di sepanjang tahun ini. Halal kan segala makan dan minum serta bersama-samalah bermaafan dan kunjung mengunjungi jiran tetangga anda utk menguatkan ikatan ukwah sesama kita.

Selamat Hari Raya.

<-- Index | Showing 1-1 of 1 pictures | Index -->

221105_128.jpg
 Buy Print