|
SELAMAT DATANG
MUAFAKAT MEMBAWA BERKAT!
INDAHDAHLIA PHOTO GALLERY,
PERSATUAN KEJIRANAN PENDUDUK INDAHDAHLIA TAMAN BUKIT DAHLIA, PASIR GUDANG, JOHOR |
|
Daripada Abdul Rahman Bin Samurah ra berkata, Nabi Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi- mimpi yang menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan…….."
Aku melihat umatku cuba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
Fikir-fikirkan lah, renung-renungkan lah
Semoga kita sentiasa di rahmati! :) |
|
| June |
| Mon |
Tue |
Wed |
Thu |
Fri |
Sat |
Sun |
| | | | | | | 1 |
| 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 |
| 9 | 10 | 11 | 12 | 13 | 14 | 15 |
| 16 | 17 | 18 | 19 | 20 | 21 | 22 |
| 23 | 24 | 25 | 26 | 27 | 28 | 29 |
| 30 | | | | | | |
|
|
| Hits (today): | 0 |
| Hits (this week): | 0 |
| Hits (this month): | 0 |
| Hits (this year): | 236 |
| Hits (all-time): | 4913 |
| Collections: | 25 |
|
|
|
 | 8th Jun 2008 | :: Sukaneka IndahDahlia 2008
Satu sukaneka telah di adakan sempena cuti sekolah pada 8h Jun 2008. Majlis yang di hadiri lebih dari 60 orang telah di jalankan dengan jayanya walaupun kehadiran ahli agak kurang dari yang di jangkakan. Mungkin kerana aktiviti cuti sekolah yang perlu di lakukan.
Walau bagaimana pun, usaha gigih oleh YDP en. Daud serta bantuan ajk yg lain, aktiviti ini tetap di jalankan seperti yang di rancang. Sebanyak 10 acara di pertandingkan yang dibahikan kepada beberapa kategori. Acara pertama bermula jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 12.00 tengahari.
Disamping acara-acara yang di sediakan, acara cabutan bertuah dan tukar hadiah juga diadakan. Sumbangan dari pemaju project perumahan indahdahlia, Qualybuild amat di hargai. Kegembiraan anak-anak jelas terbayang di sepanjang pejalanan acara ini.
Semoga permaufakataan yang dijalain sejak 3 tahun yang lalu tetap memberi manafaat kepada semua penduduk Indah Dahlia. Sesungguh hidup bermasyarakat dan saling bantu membantu dalam satu-satu komuniti itu adalah sentiasa di tuntut oleh Agama Islam.
Majlis berakhir jam 1.00 tengahari.
|
 | 20th Dec 2007 | :: Selamat Hari Raya Aidil Adha
Selamat Hari Raya Aidil Adha buat semua penduduk-penduduk Taman Bukit Dahlia terutamanya Fasa 1 & 2 Indah Dahlia. Semoga hari raya ini menguatkan lagi ikatan ukwah sesama kita. Semoga kita terus bersama-sama berkerjasama dalam membina kekuatan ukwah dan perpaduan sesama penduduk.
Selamat Hari Raya Aidil Adha 2007
|
 | 20th Dec 2007 | :: Solat Sunat Aidil Adha & Ibadah Korban Surau AL-Hafiz
Alhamdulilah...berkat Rahmat dan kekuasaaNya, Solat Sunat Aidil Adha yang pertama kali di adakan di surau Al-Hafiz, Tmn Bukit Dahlia, telah selamat dijalankan dengan jayanya. Lebih kurang 250 jemaah dari sekitar taman bukit dahlia menghadiri solat sunat ini dengan di imam kan oleh imam jemputan dari Masjid Taman Cendana. Surau yang baru sahaja selesai menjalani proses ubah suai bagi memenuhi kapasiti penduduk, sempat di siapkan untuk majlis yang diberkati ini.
Setelah selesai solat sunat, diadakan juga majlis tahlil doa selamat sempena hari raya aidil adha. Kemudian, jemaah bersarapan pagi dengan hidangan sedekah dari jemaah. Terima kasih kepada semua jemaah yang membawa pelbagai makanan buat hidangan ringkas ini.
Walaupun hujan lebat turun di sewaktu jemaah bersarapan, ianya tidak membantutkan hasrat jemaah utk mengadakan Majlis Korban yg julung-julung kali di adakan. Alhamdulilah...tahun ini, Surau Al-Hafiz telah berjaya mengumpulkan sebanyak 5 ekor lembu utk ibadah korban dan 1 ekor kambing untuk kekah. Dalam keadaan hujan renyai, ibadah korban & kekah telah selamat di adakan dengan di hadiri hampir 150 jemaah. Segala usaha dan tenaga yang di curahkan untuk program ini, mendapat keberkatan dan manafaat kepada semua yang terlibat dari awal hingga selesai ibadah korban ini dijalakan. Sekalung tahniah buat pengerusi surau Al-Hafiz, Tuan Hj. Din serta AJK lain yg terlibat serta imam-imam surau Al-Hafiz atas usaha-usaha mereka. Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezeki untuk kita sama-sama menjalakan ibadah ini sekali lagi di tahun hadapan.
Selamat Hari Raya Aidil Adha
|
 | 10th Nov 2007 | :: Majlis Muafakat Aidilfitri 2007 PKPID
Bertempat di semerbak 14, satu majlis yg dinamakan Majlis Muafakat Aidilfitri 2007 / 1428H anjuran Persatuan Kejiranan Penduduk Indah Dahlia telah selamat dijalankan dengan jayanya. Majlis yang dihadiri hampir 100 penduduk bersama-sama jemputan dari persatuan penduduk pesona, sejambak dan sekuntum turut di meriahkan dengan kehadiran Tuan Hj. Ahmad B. Daud, dari Umno Bahagian Taman Mawar.
Program hari raya ini merupakan program tahunan yang dijalankan selepas majlis marhaban diadakan. Tujuan utama adalah untuk menguatkan kekuatan ukwah antara penduduk-penduduk di Indah Dahlia ini sambil mengambil kesempatan bulan syawal bermaaf-maafan sesama jiran tetangga. Segala perbelanjaan datang dari tabung marhaban dan sumbangan individu serta sumbangan persatuan.
Adalah di harapkan majlis seperti ini akan terus menjadi asas kerjasama penduduk dan permuafakatan kejiranan dalam hidup bermasyarakat. Segala sumbangan anda kepada tabung marhaban dan juga utk majlis hari raya ini, kami ucapkan ribuan terima kasih. Semoga hendaknya Allah s.w.t menganugerahkan rahmat buat semua yang terlibat dari dari mula majlis marhaban hingga lah ke Majlis hari raya ini.
Semoga bertemu lagi di tahun hadapan. Insyallah!
|
 | 4th Nov 2007 | :: Marhaban Indah Dahlia
Alhamdulilah berkah rahmat dan kehendakNya, Majlis Marhaban yang dijalankan dari rumah ke rumah yang bermula dari Semerbak 21 pada 29/10/2007 dan berakhir di Semerbak 16 pada 4/11/2007 telah dijalankan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua rumah dan penghuninya yang telah bersama-sama menjayakan majlis tersebut. Dan istimewa buat Ketua marhaban, Tuan Hj. Karim yang bersusah payah memastikan majlis ini selamat dijalankan buat kali ke 4 sepajang wujudnya kommuniti Indah Dahlia ini.
Apa yang diharapkan dari majlis marhaban ini adalah, setiap penduduk di indah dahlia ini berkesempatan bertemu, bertegur sapa, saling lawat melawati jiran tetangga kita. Dlm islam sendiri mengajar kita menghormati dan berbuat baik sesama jiran. Diwaktu yang sama diharapkan terlerai segala salah silap sepanjang perkenalan sesama kita.
Bagi pihak persatuan, sebarang cacat cela majlis amat lah dikesali. Kami berharap semua berpuas hati dan semoga usaha ini diteruskan utk tahun hadapan. Oleh itu bersama kita bersyukur hidup dalam kommuniti yang majoriti berbangsa melayu ini.
Akhir kata semoga bertemu anda semua di majlis hari raya pada 10/11/2007 di semerbak 14 nanti.
|
 | 13th Oct 2007 | :: Selamat Hari Raya
Pada tanggal 13hb Oktober, sekali lagi umat Islam seluruh dunia akan menyambut 1 Syawal setelah berjaya berpuasa selama sebulan di bulan ramadan. Alhamdulilah, walau kita bersedih kerana terpaksa meninggalkan bulan ramadan yg begitu mulia dan di nanti-nantikan bagi setiap umat islam, namun 1 Syawal ternyata masa meraikan hari yang tak kurang istimewanya dlm dairi umat islam.
Bagi yang bakal pulang ke kampung, kami ingin menyeru agak berhati-hatilah semasa memandu. Ingat orang tersayang. Yg penting kita dapat meraikan hari raya dengan sempurna. Pastikan jua, pintu, tingkap dan kediaman anda berkunci bagi mengelakan sebarang kegiatan jenayah berlaku. Terima Kasih kepada balai polis pasir gudang yang berterusan memantau di sekitar kawasan indah dahlia pasir gudang.
Akhir sekali, kami, para ajk persatuan ingin menyusun jari memohon maaf zahir dan batin atas sebarang kesalahan tutur bahasa mahupun perbuatan di sepanjang tahun ini. Halal kan segala makan dan minum serta bersama-samalah bermaafan dan kunjung mengunjungi jiran tetangga anda utk menguatkan ikatan ukwah sesama kita.
Selamat Hari Raya.
|
 | 15th Jul 2007 | :: Program Minggu Kesihatan IndahDahlia
Program ini telah di rasmikan oleh Adun Kawasan Permas yg juga merangkap exco kerajaan negeri johor, YB Datuk K.S Balakrisnan. Turut hadir memeriahkan majlis Ajk penasihat PBT, merangkap ketua zon bukit dahlia, En. R. Sabapathy.
Program yg dimulakan dgn bacaan doa oleh Ketua Biro Agama, En. Abdul Karim, telah di sertai oleh hampir 200 penduduk & ahli persatuan. Tujuan utama program ini adalah bagi memberi kesedaran kepada penduduk/ahli persatuan akan bahaya Kanser/barah buah dada yg telah pun meragut 2 nyawa dlm tempoh 1 bulan yg lalu. Ceramah kesihatan yg telah disusun utk mengenengahkan & memberi maklumat khusus mengenai penyakit kanser/barah buah dada ini telah di sampaikan oleh Dr. Khairiyah, seorang pakar perbidanan hospital penawar.
Disamping soal jawab, bilik pemeriksaan fizikal turut diadakan, yg mana telah mendapat sambutan dari peserta program ini. Unit Promosi Kesihatan Johor turut menyediakan ruang pameran berkaitan kanser barah buah dada utk tontonan perserta di samping pamplet-pamplet kesihatan. Acara 'pengangakuan benar' dari seorang pesakit kanser/barah buah dada juga membuka ruang pertanyaan dan perkongsian pengalaman kepada peserta. Di akhir program, acara kuiz kesihatan turut diadakan utk peserta.
Keseluruhanya, Program ini telah mencapai matlamatnya iaitu memberi kesedaran akan bahaya kanser / barah buah dada kepada penduduk. Terima kasih kepada YDP Persatuan, En. Daud serta semua AJK yg terlibat dlm menjayakan program ini. Terima kasih juga kepada jemputan yg telah bersama menjayakan majlis ini.
Muafakat Membawa Berkat....!!!
|
 | 20th May 2007 | :: Majlis Ramah Mesra Wanita Indah Dahlia Fasa 2
Satu majlis ramah mesra antara ajk persatuan serta biro wanita dengan para wanita dari kejiranan indah dahlia fasa 2, berlangsung dgn jayanya di tadika irfan. Majlis yg bertujuan memberi maklumat disebalik penubuhan persatuan serta aktiviti-aktiviti terkini persatuan, mendapat sambutan baik dari mereka yang hadir. Majlis yg di pengerusikan oleh Puan Siti, mengenengahkan ucapan dasar oleh YDP Persatuan yg baru iaitu En. Daud, dlm membawa hala tuju persatuan utk tahun mendatang. Ianya turut di sokong oleh bekas mantan YDP persatuan, En. Azman yg kini menjadi pengerusi pemantauan pembinaan surau bukit dahlia.
.
Turut di adakan, sessi soal jawab yg dibuka kepada para hadirin yg datang. Sesungguhnya majlis ukwah sebegini amat di galakan kerana ia membantu permuafakatan antara sesama penduduk. Majlis di akhiri dgn bacaan doa oleh Puan hidayah dan disertai dgn jamuan ringkas. Terima kasih kepada semua yg hadir.
Muafakat Membawa Berkat.
|
 | 13th May 2007 | :: Mesyuarat Pertama AJK2007
Bertempat di kediaman YDP En. Daud, satu mesyuarat ajk persatuan utk 2007 telah di adakan buat kali pertamanya. mesyuarat yg bermula jam 9.00mlm itu, antara lain memperkenalkan ajk-ajk baru serta menyalurkan info-info terbaru melibatkan persatuan. Perkara-perkara berbangkit spt yuran, keahlian, biro-biro yg ditubuhkan serta projek-projek yg akan dijalakan turut di ketengahkan.
.
Ajk juga diberi penerangan berhubung kait status pembinaan surau serta isu-isu yg perlu di tangani. Namun di harapkan semua ajk yg telah di lantik dapat menghadirkan diri dlm pertemuan seterusnya memandangkan, ada beberapa projek besar yg perlu sokongan semua ajk yg telah di lantik. YDP dlm ucapanya, mengharapkan semua ajk akan memberi sokongan dan berusaha membentuk persatuan yg dapat memberi lebih banyak faedah kepada ahli-ahli yg sedia ada. Jamuan turut disediakan oleh tuan rumah utk mereka yg hadir. Majlis tamat jam 11.30mlm. Terima kasih kepada tuan rumah dan ajk yg hadir.
|
 | 9th Mar 2007 | :: Majlis Ramah Mesra Indah Dahlia Fasa 2
Satu majlis ramah mesra antara ajk penaja 2007 dan penduduk indah dahlia fasa 2 telah di jalankan baru-baru ini. Tujuan majlis ini adalah sebagai satu pertemuaan menguat ukhwah antara ajk penaja dgn penduduk baru taman indah dahlia fasa 2. Kehadiran hampir 20 penghuni rumah fasa 2 ternyata memberi kesempatan ajk penaja menjelaskan tujuan penubuhan persatuan kejiranan ini dan faedah-faedah yg di nikmati oleh ahli-ahlinya di samping berkenalan dgn rakan-rakan dari fasa 1. Selesai majlis yg di pengerusikan oleh En. Azman, mereka di raikan dgn jamuan ringkas yg disediakan oleh tuan rumah en. syed. Selepas jamuan, ajk penaja 2007, mengadakan mesyuarat ringkas bagi membincangkan status persatuan serta perbincangan mengenai mesyuarat AGM tahunan yg bakal diadakan. Majlis tamat jam 11.30mlm. Terima kasih kepada en. syed, kerana telah membantu menyediakan jamuan utk mesyuarat tersebut.
|
|
|
|

(46 hits) :: Mesyuarat Biro Hawa 11 Feb 2006 |
|
Persatuan Kejiranan Penduduk IndahDahlia
diasaskan oleh kerjasama penduduk-penduduk Taman Bukit Dahlia Indah Fasa 1 & 2 dengan tujuan;
~ Menerapkan semangat kejiranan sesama penduduk
~ Harmoni dan kesepakatan berbilang bangsa
~ Mewujudkan program-program yang memberi manafaat
~ Membentuk generasi baru yg berwawasan
~ Penerapan budaya ilmu, hidup sihat dan ceria
Sebarang pertanyaan boleh lah dilakukan dgn menghubungi melalui email kami : indahdahlia (at)gmail.com
Insyallah kami akan cuba membantu sebaik mungkin
© Per. Kejiranan Penduduk IndahDahlia 2004 - 2008
|
|
You have no products in your basket. |
|